Maklumbalas

Date: 06/10/2011

By: SAR KAFA Al-Amin, Kuantan

Subject: Syukran Jazilan..

Assaamualaikum..

Kami warga KAFA Al-Amin mengucapkan ribuan terima kasih khas buat En Khaizir sekeluarga. Kami sangat berpuas hati semasa menginap di Homestay Apartment di Pandan point pada 1 dan 2 Okt lepas..segala kemudahan yang lengkap, selesa dan bersih. juga makanan catering yang sedap, dan layanan yang terbaik daripada pihak tuan.. semua yang menginap di homestay tu berpuae hati..ramai pulak yang nak promote kat kawan2 diaorang..Terima kasih sekali lagi kerana membuatkan lawatan kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah menyeronokkan..

Terima Kasih dan selamat maju jaya.

Date: 11/12/2010

By: nadya

Subject: asrama-homestay

sdihnya...dlu asrama ni da jd hmstay..
rindu kawasan ni....
syabas~~!

Date: 11/10/2010

By: anita

Subject: harga

nak sewa untuk murid sekolah untuk 2 malam , murid 32 dan guru 8 , berapa agaknya kos semua? untuk 27 /10 hingga 29 /10 ada tak lagi?

Date: 02/06/2010

By: miss an

Subject: promosi bulan june

macam mana agan promosi bulan jun ini dan brapa harga seandainya saya sewa untuk 5 hari....bagilah diskaun ckit....

Date: 07/06/2010

By: Khaidzir

Subject: Re: promosi bulan june

Terima kasih Miss An,

Pihak kami mengalu-alukan sekiranya pihak puan ingin menempah selama 5 malam. Tetapi pihak kami perlu tahu tarikh sewaan, sekiranya kami mempunyai unit yang tersedia (available) pihak kami akan mempertimbangkan harga diskaun untuk puan.

Sila email saya di maskadry@yahoo.com mengenai tarikh yang diperlukan, pihak kami agak jarang menyemak ruang maklumbalas ini. Terima kasih.

Date: 03/02/2010

By: Puan Siti

Subject: Lokasi Menarik & Berbaloi

Assalamualaikum,

Saya sekeluarga nak ucap berbanyak2 terima kasih kepada En Khaidzir sekeluarga dan mengucapkan tahniah kerana telah berjaya mengujudkan homestay ini. Pada pendapat saya homestay ini sgt berbaloi utk yg dtg dengan keluarga yg ramai, kemudahan yang lengkap, selesa dan bersih. Nak makan pun tak susah cuma turun dibawah sahaja sudah ada banyak kedai makan, kalau nak masak sendiri pun boleh. Nak ke pusat bandar dan Melaka Raya juga hanya beberapa minit saja.

Saya kalau ke Melaka memang tidak akan pilih tempat lain kecuali homestay ini. Bagi yang belum mencuba, jangan ragu2, memang berbaloi.

Terima kasih dan selamat berjaya En. Khaidzir..

Date: 12/12/2009

By: mazita

Subject: homestay

Salam, kami dr Terengganu yg br ni menginap di homestay maskadry mmg betul2 berpuas hati. Harga yg berpatutan, apartment yg lengkap, pemilik homestay pun baik senang berurusan dgnnya. Cuma kalu ada mesin basuh dn penyidai kain lg lebih lengkap....Jgn bimbang saya akan war-warkan pd saudara mara serta kwn2 ttg homestay ni... Semoga bertambah maju dan berjaya...Terima Kasih.

Date: 23/12/2009

By: Khaidzir & Noor

Subject: Re: homestay

Salam, terima kasih di atas komen2 yang membina daripada Pn Mazita & Pn Noryanti, InsyaAllah pihak kami akan cuba mengadakan perkara2 yg telah dicadangkan. Untuk pengetahuan semua pihak kami akan menambah 2 unit lagi apartment, kerana jiran kami ingin sertai kami di dalam perkhidmatan homestay ini...InsyaAllah dijangkakan 2 unit tersebut akan siap pertengahan Januari 2010 ini.

Di atas sokongan semua kami ucapkan ribuan terima kasih dan menjadi pendorong kpd kami utk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

Date: 05/12/2009

By: Noryanti Muhamad Noor

Subject: Puas hati betul

Salam En. Khaidzir n family....

Saya sekeluarga berterima kasih yang tak terhingga di atas penginapan 3 hari 2 malam di homestay tu.. Kami memang berpuas hati dengan apa yang disediakan, harga yang memang berbaloi-baloi..memudahkan percutian kami ditambah pula, tuan punya homestay yang peramah senang berurusan dan sedia membantu.. Lepas ni saya tak perlu risau lagi kalau nak berjalan @ bercuti di Melaka! kan ada MASKADRY HOMESTAY. Kami memang akan war-warkan pada kekawan @ sedara mara pasal homestay ni..Saya dan suami bangga dengan perniagaan En. Khaidzir, semoga bertambah maju dan berjaya.. terima kasih sangat-sangat.

Date: 04/12/2009

By: Noryanti

Subject: Terima Kasih

Salam,

Terima kasih bebanyak, memang puas hati! Cuma if ada mesin basuh manual & tempat sidai baju lagi bagus....tq, Yanti.

1 | 2 >>

New comment