Kami sudah bersedia!!

15/11/2009 09:02

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus selama hampir 2 minggu, kini apartment kami telah sedia menerima tetamu-tetamu yang bakal menginap.  Semua keperluan asas seperti perabot, katil, tilam, dapur dan lain-lain telah lengkap disediakan.  Kami amat teruja untuk menerima bakal-bakal tetamu yang telah menempah dan berharap mereka akan selesa selama menginap di apartment kami. Kepada mereka-mereka yang belum menempah kekosongan masih ada, sila hubungi kami dengan menelefon atau sms ke 012-6969384.