Promosi November sudah sampai di penghujung

28/11/2009 11:56

Salam kepada semua,

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh tetamu-tetamu kami di bulan November, terutama kepada Puan Mazita Binti Yahya sekeluarga yang telah menjadi tetamu kami yang pertama yang bermalam selama 3 malam di apartment kami dan Cikgu Rubiah dan rombongan dari SK Sg Tiram, Johor Bharu yang merupakan tetamu kami yang pertama menempah walaupun beliau tahu apartment kami belum siap sepenuhnya, terima kasih kami ucapkan sekali lagi.

Kami secara rasminya menutup promosi bulan November 2009 kami, kerana penghujung bulan November ini, kedua-dua apartment kami telah ditempah sepenuhnya.  Kepada bakal-bakal tetamu yang ingin menempah, kami masih mempunyai kekosongan di bulan Disember 2009 ini.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan penginapan yang murah, selesa dan mengembirakan.