Maskadry Homestay Apartments  adalah "Urban Homestay" dimana kelengkapan asas seperti Katil, Tilam, Penghawa Dingin, TV, Sofa, Meja Makan, Pemanas Air, kelengkapan dapur untuk memasak dan lain-lain kemudahan disediakan menjadikan penginapan anda di homestay kami amat selesa dan menjimatkan.


Berbeza dengan konsep "Village Homestay" yang mana anda tinggal bersama-sama pemilik homestay, menjanjikan "Privasi" untuk dinikmati sekeluarga apabila datang bercuti ke Bandaraya Melaka Bersejarah ini.

Berbeza juga dengan perkhidmatan Hotel & Service Apartment, dimana bilangan tetamu yang dihadkan jumlahnya, di homestay kami anda bebas menginap dengan lebih ramai ahli keluarga anda secara berkumpulan, biasanya setiap homestay boleh memuatkan sehingga 12 orang dewasa dengan selesa. Kami juga menyediakan tilam dan bantal tambahan secara "PERCUMA".

Kadar sewanya juga amat berpatutan, dimana jika anda membandingkannya dengan penginapan di Hotel Budget sekalipun, ia masih tetap murah dan berbaloi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat website rasmi kami di https://maskadry-homestay.webnode.com