Kerja-kerja ubahsuai hampir siap!!!
Salam Sejahtera
kepada semua pelawat-pelawat website kami. Ingin kami maklumkan bahawa kerja-kerja penyiapan apartment kami sudah hampir siap, kami menjangkakan bahawa apartment kami sebanyak 2 buah ini dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 11hb. November 2009. Kini hanya tinggal kerja-kerja pemasangan penghawa dingin dan pembersihan dan touch-up sahaja yang tinggal. Perabot-perabot telah siap dipasang. Hari ini kerja-kerja memasang langsir dilakukan.
Kami akan upload gambar terbaru pada bila-bila masa sahaja. Bagi yang ingin menempah sila berbuat demikian segera, kerana pihak kami telah mula menerima tempahan untuk bulan Nov, Dis dan Jan 2010. Sekian, wassalam.