Selamat Tahun Baru 2010

02/01/2010 11:18

Salam Sejahtera,

Kami di Maskadry Homestay Apartments ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua tetamu-tetamu kami yang telah menginap di Homestay kami semenjak pelancaran hinggalah ke hari ini.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua yang telah memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada kami.

Untuk makluman semua, kami dalam proses menyediakan 2 unit apartment lagi, memandang sambutan yang begitu baik dan saranan daripada tetamu kami yang menyatakan mereka akan kembali lagi dan akan war-warkan perkhidmatan homestay kami ini kepada saudara-mara dan sahabat handai mereka.  Kami jangkakan kedua-dua unit ini akan dapat beroperasi menjelang 15hb. Januari 2010.  Kami juga menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada jiran-jiran kami iaitu En. Saiful dan Puan Rozita yang mahu kami menguruskan kediaman mereka untuk dijadikan Homestay dibawah jenama Maskadry Homestay Apartments.

Kepada tetamu-tetamu dan bakal tetamu, kami berjanji memberikan komitment kami untuk mengekalkan tahap mutu pengurusan kami bagi menjamin keselesaan tetamu-tetamu semasa menginap di apartment kami.

Akhir kata kami mendoakan semua yang terlibat agar mencapai kemajuan yang berganda sempena Tahun Baru 2010.  Terima kasih.